ni antara kawan-kawan baru di KMK
Cerita 3 tahun yang lalu...
18 Mac 2012... masih ingat lagi tarikh tu.. first time menjejakan kaki di KMK.. perasaan bercampur baur... yang pastinya banyak yang negatif dari positif.. Meninggalkan rumahku syurgaku dan keselesaan yang sudah dibina sejak tahun 2006 bukan sesuatu yang mudah....Kuatkan hati dan nekad, 20 Mei 2015 first day bekerja di KMK..
Hari ini..selepas 3 tahun perpindahan baru sedar apa hikmahnya perpindahan... Perpindahan ini sebenarnya bagus, menambahkan pengetahuan, menambahkan kenalan. Berada di satu tempat untuk satu tempoh yang lama hanya menyebabkan kita terlalu selesa dan merasa macam otai sangat.. Berkat perpindahan, aku lebih 'open minded' dan mengajar aku erti redha dan sabar... dan maybe kalau tak pindah dari KMPP, tak terbuka lagi pintu hati untuk sambung pelajaran....
17 Nov 2014, terpilih sebagai pembentang poster di peringkat Kebangsaan di Hotel Avillion Melaka. Kajian pertama di KMK bersama dengan 2 lagi rakan sepejabat merangkap rakan seperjuangan Suhaila Hanim (di tengah) yang sama-sama berpindah dari KMPP ke KMK dan Adilah rakan baru di KMK. Ini merupakan pengalaman manis yang mendorong untuk terus berjuang dan berkhidmat dengan lebih cemerlang...berusaha menghasilkan R&D yang lebih bermutu lagi...Insyallah.
So hari ini, aku setuju setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Hanya Dia yang tahu perancangannya.. tapi satu hari nanti aku akan kembali ke KMPP, tarikhnya tak pasti lagi....insyallah